Kemaskini: Disney+ Hotstar Malaysia telah mengesahkan yang filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan turut tiba di perkhidmatan tersebut pada 22 Jun 2022.

Artikel asal:

Disney+ telah mengumumkan yang Doctor Strange in the Multiverse of Madness iaitu filem kedua untuk Doctor Strange dan filem terbaru bagi siri filem Marvel Cinematic Universe akan distrim di Disney+ pada 22 Jun 2022.

Pengumuman ini dilakukan oleh Disney+, akan tetapi kami menjangkakan yang ia akan tiba di Disney+ Hotstar Malaysia pada tarikh yang sama, menjadikan ia tiba di platform penstriman lebih kurang sebulan selepas mula ditayangkan di pawagam.

Melalui ulasan kami untuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness, kami mengatakan yang ia mempunyai visual yang sangat menarik akan tetapi sedikit mengecewakan di dalam penceritaan dan perwatakan. Anda boleh baca penuh di pautan ini; Ulasan Doctor Strange in the Multiverse of Madness – Perwatakan Kurang Menyerlah Dalam Dunia Multimesta.

Sohor Kini