Garena telah mengumumkan yang selepas 2 minggu pusingan kelayakan, 32 pasukan bersedia untuk bertempur bagi mencari pasukan terbaik di dalam kejohanan Call of Duty: Mobile Garena Survivors iaitu kejohanan untuk mod battle royale bagi permainan tersebut.

32 pasukan yang melibatkan pasukan dari Singapura, Malaysia dan juga Filipina akan bertanding bermula pada 3 Jun sehingga 11 Jun untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak $25 ribu. Pertandingan akan dibahagikan kepada dua pusingan iaitu Top 32 yang dipecahkan kepada 2 kumpulan dan Top 16 yang juga peringkat akhir.

Berikut adalah jadual pertandingan:

  • 32 Terbaik (Kumpulan 1 – 16 Pasukan): 3 – 5 Jun 2022 | 5 petang – 11 Malam
  • 32 Terbaik (Kumpulan 2 – 16 Pasukan): 6 – 8 Jun 2022 | 5 petang – 11 Malam
  • 16 Terbaik: 9 – 11 Jun 2022 | 5 petang – 11 Malam

Anda boleh mengikut pertandingan ini melalui Facebook Call of Duty Mobile.

Sohor Kini