Gotham Knights adalah satu lagi siri sampingan Batman yang berlaku di bandar Gotham yang dihasi,kan oleh CW. Siri ini memfokuskan kepada pasukan adiwira muda yang aktif di bandar Gotham menentang penjenayah. Treler pertama siri ini telah pun diterbitkan, anda boleh tonton di bawah;

Dalam treler ia jelas memperlihatkan yang siri ini akan memfokuskan kepada watak Harvey Dent. Beliau sedang memburu anak angkat Batman, iaitu Turner yang dituduh telah membunuh Batman. Turner kemudiannya masuk ke penjara dan bertemu dengan pelbagai individu yang membebaskan diri bersama-sama kerana mendakwa diri tidak bersalah dan perlu menegakkan keadilan sambil menentang penjenayah.

Treler dilihat mempunyai konsep yang menarik, iaitu satu siri penyiasatan yang membabitkan watak adiwira. Tetapi klise CW itu masih ada dan turut ada elemen seakan Riverdale.

Turner Hayes anak angkat Bruce Wayne lakonan Oscar Morgan, watak baharu yang dicipta khusus untuk siri ini. Watak komik yang berada dalam pasukan sama adalah Carrie Kelly lakonan Navia Robinson, Duela Dent (turut dikenali dalam komik sebagai anak Joker) lakonan Rose Keegan, Stephanie Brown lakonan Anna Lore, Brody lakonan Rahart Adams, Harper Row lakonan Fallon Smythe, dan Cullen Row lakonan Tyler DiChiara

Sohor Kini