Hearthstone Menerima Penambahan Set-Mini Throne of the Tides

Hearthstone telah memulakan bulan baharu bagi permainan kad tersebut, dan melalui kemaskini pertama untuk bulan ini mereka hadir dengan penambahan set-mini Throne of the Tides yang akan menambah 35 kad baharu untuk koleksi Voyage to the Sunken City.

Kesemua kad-kad ini boleh diperoleh melalui pek Voyage to the Sunken City, pemain juga boleh dapatkan kesemua kad melalui pembelian set-mini dengan harga $14.99 (~RM65) atau 2000 Gold, manakala versi Golden ditawarkan dengan harga $69.99 (~RM307).

Selain kemaskini untuk mod biasa, ia juga menyertakan kemaskini untuk mod Battlegrounds dengan Diablo akan kembali untuk seminggu sahaja bersama dengan hero baharu iaitu Ozumat dan minion Bubblette.

Mercenaries juga menerima kemaskini dengan acara masa terhad Y’Shaarj akan berlangsung bermula 7 Jun sehingga 21 Jun. Mercenaries baharu juga akan tiba iaitu Y’Shaarj dan Azshara bersama dengan kawasan dan bounty baharu.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini