GSC Movies telah mengumumkan yang filem tempatan Air Force the Movie: Selagi Bernyawa akan ditayangkan pada 25 Ogos 2022 di GSC, buat masa ini tidak disahkan lagi jika penyedia-penyedia pawagam lain akan turut membawa filem ini.

Anda boleh tonton treler untuk filem ini di bawah.

Filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See. Senarai pelakon pula antaranya adalah Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, Johan Asari dan Azira Shafinaz.

Filem ini mengisarkan mengenai pasukan PASKAU ataupun Pasukan Khas Udara terkandas di Namburi selepas kapal terbang mereka ditembak. Manakala Pasukan Tentera Udara di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka.

Sohor Kini