Nintendo dan The Pokemon Company hari ini telah berkongsi treler kedua untuk permainan seterusnya bagi siri Pokemon iaitu Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet. Treler tersebut juga akhirnya mengesahkan tarikh pelancaran iaitu 18 November 2022 secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Selain tarikh pelancaran, treler tersebut juga memperlihatkan profesor baharu iaitu Profesor Sada dan Profesor Turo yang seperti biasa akan membantu pemain di dalam pengembaraan mengumpul pokemon dan bertempur di gim.

Buat pertama kali untuk permainan Pokemon, ia juga menyertakan mod koperasi sehingga 4 pemain di mana rakan-rakan boleh melawat dunia anda dan mengembara bersama, melakukan penukaran Pokemon dan juga bertempur.

Beberapa Pokemon baharu juga diperlihatkan antaranya adalah Pawni, Lechonk dan Smoliv, bersama dengan tiga Pokemon permulaan yang diumumkan sebelum ini iaitu Sprigatito, Fuecoco dan Quaxly.

Dua Pokemon Legendary juga diperlihatkan iaitu Koraidon dan Miraidon mengikut versi yang anda beli dan juga akan menghias hiasan depan untuk versi fizikal bagi Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet.

Sohor Kini