Disney sedang sibuk mengolah semula animasi klasik menjadi filem aksi nyata. Tahun lepas kita dapat saksikan filem sampingan Cruella, iaitu kisah asal-usul antagonis 101 Dalmations. Sebelum itu kita ada Mulan, Lady and the Tramp, Dumbo dan banyak lagi.

Terbaru daripada Disney adalah Pinocchio, di mana Tom Hanks akan berlakon sebagai Geppetto. Berikut adalah treler pertama;

Dalam treler, kita boleh lihat yang Disney cuba mengikut sedikit demi sedikit apa yang berlaku dalam animasi asal. Geppetto memohon agar keinginan beliau tercapai selepas membina sebuah patung yang diberi nama Pinocchio (lakonan suara Benjamin Evan Ainsworth). Turut kelihatan adalah watak kucing Figaro, cengkerik Jimmy The Cricket (lakonan suara Joseph Gordon-Levitt), si musang The Fox, the Coach (lakonan Luke Evans) dan juga ibu pari-pari The Blue Fairy (lakonan Cynthia Erivo).

Filem ini diarahkan oleh Robert Zemeckis, iaitu pengarah filem Back to the Future 1985 dan Forest Gump.

Dari segi runut bunyi, CGI watak dan sinematografi ia kelihatan menarik dan unik. Masih tidak banyak yang didedahkan dalam treler ini, tetapi filem ini akan menjadi filem eksklusif siaran di Disney+ pada 8 September akan datang.

Sohor Kini