VCT Challengers APAC – Stage 2 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 12 Mei lepas sehingga 29 Mei. Bagi Malaysia & Singapura, Paper Rex telah mendapat tempat pertama diikuti Gaimin Gladiators (sebelum ini dikenali sebagai LaZe) dan Bleed Esports di tempat ketiga.

Paper Rex telah mendominasi kejohanan ini dengan memenangi kesemua perlawanan di peringkat liga, sebelum tewas kepada Gaimin Gladiators di peringkat Akhir Upper Bracker, tetapi melalui perlawanan semula di peringkat Akhir, mereka menang dengan mudah.

Manakala dua pasukan Malaysia iaitu Todak dan Blitz Esports sekadar berpuas hati di tempat kelima dan kelapan dan tidak layak ke peringkat seterusnya. Namun, Paper Rex mempunyai seorang pemain Malaysia iaitu Khalish Rusyaidee ataupun d4v41.

Sebagai pasukan terbaik, Paper Rex, Gaimin Gladiaotrs dan Bleed Esports akan ke peringkat VCT Challengers APAC Playoffs – Stage 2, di mana Paper Rex serta Gaimin Gladiators akan terus ke peringkat kumpulan manakala Bleed Esports akan melalui peringkat Play-ins terlebih dahulu bersama dengan 8 pasukan lain.

Peringkat Play-ins akan berlangsung pada 9 hingga 12 Jun, manakala peringkat kumpulan berlangsung pada 15 sehingga 20 Jun dan peringkat kalah mati dan akhir berlangsung pada 23 sehingga 26 Jun 2022.

Anda boleh mengikuti kejohanan ini di laman Twitch, Youtube dan Facebook Valorant.

Sohor Kini