Skip to main content

Ustwo Games telah mengumumkan yang mereka akan membawa permainan mudah alih popular Monument Valley ke PC melalui Monument Valley Panoramic Collection, yang akan menyertakan kedua-dua permainan pada 12 Julai 2022.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Melalui versi untuk PC ini mereka akan mengemaskini untuk menyokong paparan yang lebih besar termasuk juga ultra-lebar. Ia juga akan memudahkan kawalan menggunakan papan kekunci dan tetikus. Ia juga akan menyertakan kesemua kandungan yang sudah dikeluarkan sebelum ini.

Buat masa ini Monument Valley dan Monument Valley II ditawarkan secara berasingan, akan tetapi besar kemungkinan pemain juga boleh dapatkan kedua-dua permainan melalui satu pembelian.

Monument Valley sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Leave a Reply