GSC Cinemas telah mengumumkan yang mereka akan tayang filem animasi Mobile Suit Gundam: Cucuruz Doan’s Island secara eksklusif di Mid Valley pada 3 hingga 7 Jun 2022.

Anda boleh tonton treler untuk filem ini di bawah.

Mobile Suit Gundam: Cucuruz Doan’s Island adalah filem yang memfokuskan kepada episod 15 di dalam siri animasi Mobile Suit Gundam yang dikeluarkan pada tahun 1979. Namun, filem ini akan disampaikan di dalam sudut pandang yang berbeza.

Filem ini diarahkan oleh Yoshikazu Yasuhiko dan diterbitkan oleh Sunrise.

Sohor Kini