Netflix akhirnya melancarkan permainan mudah alih seterusnya oleh mereka iaitu Exploding Kitten seperti diumumkan sebelum ini. Ia boleh dimuat turun secara percuma bagi pelanggan sedia ada Netflix.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Exploding Kitten adalah permainan kad yang juga mempunyai kad fizikal berjudul sama di mana pemain perlu menurunkan mana-mana kad, dan mengambil kad daripada kumpulan setiap pusingan. Pemain perlu mengelak daripada mendapat kad exploding kitten, ataupun meredakan bom tersebut untuk mengelak daripada tersingkir.

Ia menyertakan mod permainan bersama rakan, dalam talian secara rawak dan juga melawan dengan AI di mana pemain boleh memilih tahap kesukaran.

Netflix juga mengumumkan yang Exploding Kitten akan menerima siri animasi di perkhidmatan tersebut pada tahun 2023.

Sohor Kini