Penyedia konsol dan permainan klasik Evercade telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan konsol mudah alih baharu iaitu Evercade EXP yang boleh memainkan permainan-permainan klasik yang dikeluarkan semula oleh mereka.

Konsol ini akan diumumkan secara lanjut pada bulan September 2022 termasuk juga sesi pra-tempahan, namun harga untuknya sudah diumumkan iaitu $149.99 dan dijangka akan dikeluarkan secara rasmi pada akhir tahun ini.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Evercade EXP menyertakan skrin IPS bersaiz 4.3-inci yang mempunyai paparan terang dan sudut pandangan yang baik. Ia juga menyokong sesi permainan menegak untuk permainan-permainan tertentu, yang juga digelar sebagai mod TATE.

Konsol ini juga boleh disambungkan ke WiFi untuk memudahkan kemaskini, dan boleh dicaj menggunakan penyambung USB-C. Di dalam kotak, ia juga akan menyertakan kartrij IREM Arcade 1 bersama dengan kandungan bonus yang akan diumumkan kemudian.

Anda boleh layari laman rasmi Evercade EXP untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini