Apple Arcade telah mengumumkan yang bulan ini perkhidmatan langganan tersebut akan menerima tiga permainan yang dibangunkan oleh pembangun-pembangun terkenal dari Jepun iaitu Frogger and the Rumbling Ruins oleh Konami, Cooking Mama: Cuisine! oleh Office Create dan Air Twisters oleh Ys Net.

Frogger and the Rumbling Ruins akan tiba pada 3 Jun dan boleh dikatakan sebagai permainan susulan untuk Frogger in Toy Town yang sudah ditawarkan di Apple Arcade. Ia adalah permainan tekaria yang mempunyai 100 peringkat.

Cooking Mama: Cuisine! akan dikeluarkan pada 17 Jun, ia adalah permainan memasak akan tetapi berbanding mendapat bahan-bahan untuk sesuatu masakan, pemain perlu memilih bahan-bahan terlebih dahulu dan perlu masak untuk mengetahui apa yang dimasak.

Air Twister oleh pembangun Shenmue akan tiba pada 24 Jun, ia adalah permainan aksi ‘swipe-shooting’ di mana pemain akan menjadi Princess Arch melawan dengan penjahat yang cuba menjajah.

Selain itu, Apple Arcade juga akan menerima Jigsaw Puzzle by MobilityWare+ oleh MobilityWare yang akan tiba pada 10 Jun. Ia adalah permainan popular di App Store dan merupakan permainan tekaria yang mempunyai lebih 29 ribu tekaria berbeza.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini