Summer Game Fest telah mengumumkan penerbit-penerbit permainan yang akan terlibat dengan acara utama untuk permainan video bagi musim panas ini. Terdapat lebih 30 penerbit yang dinyatakan antaranya adalah 2K, Activision, Atlus, Bandai Namco, EA, Hoyoverse, Square Enix, Xbox dan PlayStation.

Acara pertama yang akan dianjurkan di bawah Summer Game Fest adalah PlayStation: State of Play yang akan berlangsung pada 3 Jun ini. Anda boleh lihat penerbit-penerbit lain di bawah dengan lebih banyak akan diumumkan kemudian.

Acara pembukaan untuk Summer Game Fest yang akan di-hos oleh Geoff Keighley akan berlangsung pada 10 Jun 2022. E3 yang kebiasaannya dianjurkan bersama dengan Summer Game Fest telah dibatalkan tahun ini dan mungkin kembali sebagai acara fizikal pada tahun depan.

Sohor Kini