Pada akhir tahun lepas, Free Fire telah memperkenalkan satu kejohanan baharu iaitu Free Fire Challengers Series Malaysia yang merupakan kejohanan untuk mencari pasukan tempatan terbaik untuk ke MCP Majors.
Manakala terbaru, Free Fire telah mengumumkan yang kejohanan tersebut kali ini akan menggabungkan empat negara iaitu Malaysia, Kemboja, Filipina dan juga Sri Lanka. Pasukan-pasukan daripada empat negara tersebut akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $30 ribu dan juga 6 slot untuk peringkat kelayakan di MCP Majors.
Pendaftaran untuk Challengers Series ini boleh dilakukan melalui permainan Free Fire bermula pada 9 sehingga 11 Jun dengan pusingan kelayakan berlangsung pada 12 Jun 2022. Pemain yang ingin daftar mesti berasal dari mana-mana empat negara dan juga mempunyai tahap sekurang-kurangnya 20 dan Platinum 1 di dalam mod Battle Royale.
24 pasukan daripada pusingan kelayakan akan layak ke peringkat Akhir Kelayakan, di mana 18 pasukan terbaik akan dipilih untuk ke pusingan Liga dengan Pusingan Akhir akan berlangsung pada 30 dan 31 Julai.