PUBG Moble Pro League Sea Championship kembali dianjurkan sebagai acara fizikal dengan ia akan dianjurkan pada 10 sehingga 12 Jun 2022 di Pavilion Bukit Jalil yang akan memperlihatkan 16 pasukan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $150 ribu.

Daripada 16 pasukan tersebut adalah 4 pasukan dari Malaysia iaitu Team Secret selaku juara untuk PUBG Mobile Pro League SEA Championship lepas, bersama dengan Yoodo Alliance x 4Rivals, Dingoz Esports dan Farang Lejund melalui kedudukan mereka ketika PMPL MY/SG/PH.

Pasukan-pasukan lain adalah Vampire Esports, Bacon Time, Tem Entertainment, Hail Esports dan The Infinity dari Thailand. ION Esports, EVOS Reborn, dan RRQ RYU dari Indonesia. Box Gaming, D’Xavier, BN United dan Eagle Esport dari Vietnam.

Sohor Kini