Realme telah mengumumkan kerjasama dengan PUBG Mobile untuk hadir dengan kejohanan esukan Realme League untuk negara-negara asia tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Vietnam.
Pendaftaran untuk kejohanan ini sudah dibuka sehingga 8 Jun dan terbuka kepada semua pemain tetapi perlu membentuk pasukan empat pemain. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini.
Kejohanan ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu ‘Online Kick-off’ iaitu pertandingan secara dalam talian mengikut negara, pasukan terbaik kemudian akan layak ke peringkat ‘Online Semi Final’ yang juga mengikut negara untuk mencari 6 pasukan terbaik yang akan mewakili negara di peringkat serantau.
Regional Tournament Finale pula akan memperlihatkan 6 pasukan terbaik dari setiap negara bertanding untuk menjadi pasukan terbaik di Asia Tenggara.
Berikut adalah tarikh untuk setiap peringkat;
Bagi hadiah pula, 6 pasukan terbaik untuk negara akan mendapat RM800 setiap satu pasukan dan bagi hadiah peringkat akhir pula adalah seperti berikut;