Galaxy Racer iaitu satu organisasi esukan, permainan video dan gaya hidup yang berpusat di Dubai telah mengumumkan yang mereka melakukan pelaburan di dalam Quint iaitu ekosistem mata wang kripto yang ingin menghubungkan metamesta dengan dunia nyata.

Pelaburan sebanyak $25 juta (~RM109 juta) adalah bertujuan untuk mengintegrasi mata wang kripto di dalam esukan. Melaluinya mereka akan memperkenalkan token yang boleh digunakan di dalam sistem pembayaran mereka dan juga di dalam kejohanan esukan, acara dan juga merchandising.

Selain itu, mereka juga akan bekerjasama untuk hadir dengan kandungan berinformasi untuk memberi lebih kefahaman mengenai dunia mata wang digital dan web3.

Pada awal tahun ini, Galaxy Racer turut telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM42 juta untuk lima tahun akan datang bagi perkembangan ekosistem esukan di Malaysia.

Sohor Kini