Nacon dan KT Racing telah mengumumkan yang permainan seterusnya untuk simulasi perlumbaan kereta rally yang juga adalah permainan rasmi untuk World Rally Championship akan menggunakan judul WRC Generations, berbanding menggunakan nombor sebelum ini.

Mereka juga mengumumkan yang ia akan dilancarkan pada 13 Oktober ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Permainan kali ini selain akan mempertingkatkan lagi realism untuk siri ini, ia juga akan menyertakan kategori baharu seperti WRC sebenar iaitu kereta hibrid. Mereka juga mengatakan yang akan terdapat lebih 37 kereta yang akan disertakan.

Selain itu, ia juga akan mempunyai 22 lokasi di 22 negara dan juga 165 peringkat khas, termasuk juga litar baharu di Sweden.

Sohor Kini