Wizards of the Coast telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering iaitu Commander Legends: Battle for Baldur’s Gate membawa kembali pemain ke Commander Legends iaitu penambahan yang dikeluarkan pada tahun 2020 yang memfokuskan kepada mod draft, ia akan mempunyai 361 kad dan akan dikeluarkan pada 10 Jun 2022.

Set ini akan menyertakan kandungan berdasarkan Dungeons & Dragons termasuk juga watak-watak ikonik seperti Tasha the Witch, Elminster dan Minsc dan Boo. Ia juga menyertakan beberapa elemen lain daripada D&D iaitu Backgrounds, enchantment jenis baharu yang akan memberikan bonus kepada commander.

Ia juga menyertakan keyword baharu iaitu Initiative yang mempunyai tiga langkah yang setiap-nya akan memberikan kelebihan tertentu. Set kali ini juga tidak lagi mempunyai peraturan satu kad, di mana pemain boleh meletakkan beberapa kad yang sama di dalam dek.

Mengambil inspirasi daripada Baldur’s Gate, kad di dalam set ini juga akan menyertakan rekaan rangka Rulebook yang akan memperlihatkan rekaan seperti ‘Dungeons & Dragons Monster Manual’.

Commander Legends: Battle for Baldur’s Gate akan ditawarkan di dalam Draft Boosters, Set Boosters dan Collector Boosters bersama dengan Precon Commander Decks, pek pra-pelancaran dan Commander Legends Bundle.

Pemain-pemain di beberapa negara Asia Tenggara terpilih termasuk juga Malaysia juga berpeluang untuk mendapatkan dadu rekaan khas dengan setiap pembelian Collector Booster Box. Anda boleh layari WPN Stores untuk membelinya.

Sohor Kini