The Mandalorian adalah siri sampingan Star Wars pertama yang tiba di Disney+ dan juga antara kandungan asli terawal di platform penstriman ini. Ia juga adalah siri TV yang paling berjaya dengan musim ketiga sudah pun disahkan.

Pencipta The Mandalorian, iaitu Jon Favreau menyatakan beliau suka menulis untuk siri ini kerana tidak akan terkejar-kejar untuk menceritakan kisah di antara watak dan dengan siri TV beliau boleh mengambil masa untuk menceritakan semuanya dengan perlahan.

Jon turut berbincang degan Dave Filoni bagaimana untuk memastikan semua kisah masuk akal dan tidak aneh. Tetapi kelak akan ada potensi watak di antara pelbagai siri sampingan merentas ke dalam siri lain. Jon turut mengesahkan yang beliau kini sedang menulis untuk The Mandalorian musim keempat.

Sohor Kini