Sniper Elite 5 iaitu permainan terbaru untuk siri oleh Rebellion ini telah dilancarkan pada 27 Mei lepas untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam dan juga Windows Store.

Ia juga sepatutnya ditawarkan di Epic Games Store dan pra-tempahan juga dilakukan akan tetapi Rebellion mengatakan disebabkan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, pelancaran di gedung permainan tersebut dibatalkan dan kesemua pra-tempahan akan diberikan bayaran balik.

Buat masa ini sebab sebenar tidak dikongsi akan tetapi mereka mengatakan yang ia mungkin akan ditawarkan semula di masa hadapan. Manakala untuk versi Switch, mereka masih tidak mempunyai sebarang perancangan untuknya.

Sejak dilancarkan Sniper Elite 5 telah menerima ulasan yang sangat baik dan mendapat hasil jualan yang terbaik bagi siri ini. Ia juga ditawarkan di PC Game Pass dan juga Xbox Game Pass. Anda boleh mengetahui lanjut mengenai perkhidmatan langganan tersebut di pautan ini; PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia – RM5 Untuk Tiga Pulan Pertama, RM15 Untuk Bulan-Bulan Seterusnya.

Sohor Kini