Razer telah mengumumkan yang kerusi gaming mereka iaitu Razer Enki Pro sudah ditawarkan di Malaysia bermula pada 27 Mei lepas, dan ia ditawarkan dengan harga RM4,299.

Menurut Razer, Razer Enki Pro merupakan kerusi gaming yang memfokuskan kepada keselesaan dengan menyertakan kusyen Alcantara yang juga memberikan kekemasan premium. Ia juga menyertakan lengkung lumbar memastikan duduk dengan keadaan yang baik sentiasa.

Selain itu ia juga boleh diturunkan sehingga 152 darjah dan mempunyai kusyen kepala jenis ‘memory foam’ yang mudah untuk digerakkan akan tetapi kemas apabila terpasang.

Pada awal tahun ini, Razer juga telah mengumumkan Razer Enki Pro Hypersense, iaitu kerusi gaming ini yang turut menyertakan sokongan tindak balas haptik, akan tetapi ia masih tidak mempunyai tarikh pelancaran dan harga.

Razer Enki Pro boleh didapatkan di mana-mana pengedar rasmi Razer ataupun laman Razer.

Sohor Kini