Obi-Wan Kenobi adalah siri TV aksi nyata Star Wars terbaru yang baru sahaja disiarkan bermula Jumaat lepas, 27 Mei di Disney+ Hotstar. Ia adalah siri sampingan menceritakan kisah 10 tahun selepas Revenge of the Sith, di mana Jedi telah tewas dan Obi-Wan sedang memantau Luke dan membantu Leia.

Dalam siri ini, ia turut mempertontonkan penglibatan Inquisitor yang mengikut arahan Sith. Mereka adalah Jedi yang telah berpaling tadah dan ditugaskan untuk memburu Jedi yang selamat dalam Order 66.

Dalam siri ini, ia memberi fokus kepada Inquisitor Reva atau turut digelar Third Sister lakonan Moses Ingram. Beliau mengguna senjata Ligthsaber dwi-bilah dengan gegelung bilah boleh berputar. Sempena siri TV ini, Hasbro telah melancarkan replika Lightsaber yang digelar Black Series Reva Force FX Elite Lightsaber.

Jumlah panjang Lightsaber ini adalah 6.5 kaki, iaitu hampir 2 meter dengan bilah di bahagian atas dan bawah. Seperti kebanyakan replika Lightsaber dwi-bilah, replika ini turut boleh dipisahkan dan digunakan secara individu. Ia turut mempunyai animasi cahaya yang bergerak dengan kesan bunyi realistik mengikut siri TV.

Antara bunyi yang diselarikan dengan cahaya adalah mod memesongkan ledakan daripada senjata musuh, cahaya berubah menjadi warna putih seakan memotong dinding dan disebabkan gegelung bilah di tengah (apabila digabungkan) tidak boleh berpusing pemilik Lightsaber ini perlu menggunakan skil putaran sendiri seakan Lightsaber Darth Maul.

Setakat ini, ia adalah replika Lightsaber paling mahal dari Hasbro x Force FX paling mahal setakat ini. Ia dijual pada harga $499.99, iaitu sekitar RM2183. Ia juga tidak terus dijual dan Hasbro menawarkannya melalui program biayasama yang memerlukan sekurang-kurangnya 5000 pembeli. Lightsaber ini juga jika berjaya mengumpulkan dana, ia akan mula dihantar pada sekitar suku ketiga 2023.

Sedikit maklumat pada peminat Lightsaber, terdapat sahaja replika Lightsaber yang lebih mahal yang mengikut rekaan banyak watak dalam siri Star Wars. Ada yang mencapai lebih RM3000-RM4000.

Sohor Kini