V Rising Terjual 1 Juta Unit Sejak Dilancarkan Seminggu Yang Lepas

V Rising boleh dikatakan mencapai kejayaan seperti satu lagi permainan yang bermula dengan huruf V iaitu Valheim, iaitu permainan indie yang menerima sambutan yang mengejutkan. Valheim telah terjual sebanyak 2 juta unit dalam masa 2 minggu, dan 5 juta unit dalam masa sebulan.

Manakala V Rising yang juga satu permainan indie oleh Stunlock Studios telah terjual lebih 1 juta unit selepas lebih kurang seminggu dikeluarkan, dan mencatat sehingga 150 ribu pemain serentak di Steam. Satu lagi persamaan, kedua-dua permainan masih lagi di peringkat akses awal.

V Rising adalah permainan aksi pengembaraan yang mempunyai elemen daripada pelbagai jenis permainan seperti Diablo, membina penempatan dan juga ketahanan hidup dengan menggunakan tema, pemain akan menjadi pontianak.

Jika berminat, ia boleh didapatkan di Steam dengan harga RM39.90.

Sohor Kini