Inilah Treler Man Vs Bee – Mr. Bean Era Moden?

Man vs Bee adalah siri TV komedi baru daripada Netflix yang akan disiarkan pada 24 Jun akan datang. Ia adalah kisah seorang penjaga rumah agam, Trevor yang diganggu oleh seekor lebah. Disebabkan seekor lebah ini, beliau telah memusnahkan rumah agam milik klien beliau.

Apa yang menariknya adalah, pelakon watak Trevor ini adalah Rowan Atkinson. Dengan hanya seekor lebah, hidup beliau menjadi tidak aman. Berikut adalah treler pertama bagi siri ini;

Seperti yang anda boleh lihat dalam treler, Trevor menggunakan pelbagai kaedah untuk menghentikan lebah ini dan turut cuba membunuhnya namun gagal. Trevor turut dilihat menggunakan penyembur api untuk cuba membakar lebah ini.

Dalam treler beliau dilihat berada di dalam mahkamah kerana didakwa memusnahkan rumah, dan menuduh seekor lebah adalah puncanya. Kerana lebah ini juga, beliau turut cuai dalam memandu seakan ada raksasa yang mengejar beliau.

Man vs Bee boleh dikatakan adalah aksi Mr. Bean era moden Rowan Atkinson. Ia akan mempunyai 10 episod dan akan disiarkan di Netflix pada 24 Jun akan datang.

Sohor Kini