The Mandalorian telah mengumumkan yang siri tersebut akan menerima musim ketiga dan ia akan disiarkan di Disney+ pada bulan Februari tahun depan. Melalui ciapan yang dikongsi, ia sekali lagi akan memfokuskan kepada Mandalorian dan Grogu, tidak mengejutkan jika mengikut kepada apa yang berlaku sebelum ini.

Sebelum ini telah dilaporkan yang Moff Gideon akan melakukan penampilan yang lebih kerap di dalam musim baharu ini. Dengan pengumuman ini, boleh dikatakan yang The Mandalorian musim ketiga ini akan disiarkan terlebih dahulu berbanding Ahsoka yang turut diumumkan akan tiba pada tahun 2023.

Sohor Kini