Epic Games Store sebelum ini telah menawarkan Borderlands 3 secara percuma, dan kami berharap anda tidak terlepas tawaran tersebut. Manakala bagi minggu ini, mereka telah menawarkan tiga permainan ataupun satu koleksi iaitu Bioshock: The Collection, ia ditawarkan secara percuma sehingga 2 Jun 2022.

Bioshock: The Collection menyertakan ketiga-tiga permainan Bioshock iaitu Bioshock Remastered, Bioshock 2 Remastered dan Bioshock Infinite: Complete Edition. Ia adalah siri permainan menembak first person yang dibangunkan oleh Irrational Games kecuali yang kedua, ia dibangunkan oleh 2K.

Muat Turun: Bioshock: The Collection

Selepas tawaran ini berakhir, mereka akan gantikan pula dengan satu permainan misteri. Epic Games Store juga kini sedang menganjurkan Epic Mega Sale yang memberikan kupon 25% tanpa had.

Sohor Kini