Dragon Quest Builders Kini Dilancarkan Untuk iOS Dan Android

Square Enix hari ini telah melancarkan permainan Dragon Quest Builders untuk iOS dan Android, dan ia juga menyertakan kandungan baharu seperti Boss Monster MOdel Set, Astronomy Set, Pixel Ring dan Magic Carpet yang boleh digunakan di dalam Terra Incognita.

Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Dragon Quest Builders adalah permainan RPG yang memerlukan pemain untuk melakukan pelbagai pembinaan, ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2016 lagi untuk platform-platform lain. Permainan susulan juga sudah dikeluarkan pada tahun 2019 dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Dragon Quest Builders 2 – Permainan Hibrid Membina Dan JRPG Yang Baik.

Bersempena dengan pelancaran untuk iOS dan Android, ia ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM89.90 di App Store dan juga Play Store.

Sohor Kini