Ray Liotta pelakon yang terkenal dengan watak Henry Hill dari filem Goodfellas dan meminjamkan suara kepada watak Tommy Vercetti dalam permainan GTA Vice City meninggal dunia pada usia 67 tahun awal pagi tadi. Beliau ditemukan meninggal dunia semasa tidur di Republik Dominica.

Beliau sedang melakukan penggambaran filem Dangerous Water sebelum meninggal dunia. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan Hardhat and Legs pada tahun 1980. Tetapi beliau mula dikenali ramai kerana memainkan watak ahli Mafia sebenar Henry Hill dalam filem biografi Goodfellas. Walaupun digandingkan bersama Joe Pesci dan Robert Deniro, bakat lakonan beliau tidak ditenggelami dua nama besar ini.

Bagi peminat permainan video, suara beliau amat dikenali kerana digunakan pada watak utama Tommy Vercetti dalam permainan GTA Vice City. Liotta turut terlibat dalam filem adaptasi Dungeon Siege pada tahun 2006. Filem ini menerima kritikan teruk kerana berbeza dengan sumber asal.

Sohor Kini