Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Winnie The Pooh? Kisah beruang kuning yang comel yang suka makan madu bersama rakan seperti si khinzir merah jambu Piglet, harimau si Tigger dan si keldai Eeyore.

IP Winnie the Pooh sudah pun memasuki domain awam sejak awal tahun ini. Di mana sesiapa sahaja boleh menggunakan watak-watak dalam francais Winnie the Pooh untuk diadaptasi dengan karya sendiri tanpa membayar lesen.

Terkini daripada Jagged Edge Productions dan pengarah Rhys Frake-Waterfield, mereka akan hadir dengan sebuah filem seram ngeri berdasarkan watak-watak ini.

Filem ini berjudul Winnie the Pooh: Blood and Honey, ia akan menceritakan semula kisah si beruang dan si khinzir dari sudut seram ngeri. Masih tiada senarai pelakon dan sinopsis penuh untuk filem ini, tetapi dijangka ia adalah satu filem pembunuhan.

Berdasarkan imej, ia dilihat mungkin adalah dua pembunuh psiko bertopeng atau mungkin hibrid manusia dan haiwan yang kejam.

Rhys Frake-Waterfield dan Jagged Edge Productions tidak dikenali ramai kerana hanya mempunyai karya filem seram ngeri bajet rendah. Filem ini dikatakan akan tiba sekitar tahun ini.

Apa kata anda mengenai filem ini, adakah ia akan merosakkan kenangan silam zaman kanak-kanak anda atau tidak?

Sohor Kini