Sony hari ini telah melakukan sesi perhubungan dengan pelabur di mana mereka telah mengumumkan strategi-strategi bagi pelbagai segmen di dalam perniagaan. Antara yang dikongsikan adalah berkait dengan permainan video dan juga hiburan.

Sebelum ini, Jim Ryan telah mengatakan yang mereka ingin mempertingkatkan kandungan permainan video untuk PC dan juga telefon pintar, sambil mengurangkan kandungan untuk PS4. Selain itu, beliau juga telah mengatakan perkembangan IP permainan ke pelbagai medium yang lain.

Antara yang diumumkan adalah siri TV Horizon Zero Dawn akan diterbitkan oleh Netflix, dan mengesahkan laporan sebelum ini iaitu Prime Video di bawah Amazon sedang berbincang untuk hadir dengan siri TV God of War. Siri berdasarkan Gran Turismo juga sedang dirancang, namun masih tidak banyak maklumat lanjut mengenai ketiga-tiga siri ini.

Horizon, God of War dan Gran Turismo akan menyertai pelbagai IP permainan lain yang telah dijadikan sebagai filem dan juga siri TV seperti Uncharted dan The Last of Us.

Sohor Kini