Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia telah bekerjasama dengan Biji-Biji Initiative dan Synapze untuk menganjurkan program Games Bagus, iaitu program untuk memperkasakan pembangun permainan video di Malaysia bagi menghasilkan permainan kesedaran sosial yang akan menyentuh isu-isu penting seperti perubahan iklim, penglibatan sivik dan pemerkasaan wanita.

Program ini akan berlangsung selama empat hari iaitu pada 26 sehingga 29 Mei dan merangkumi pelbagai aktiviti iaitu bengkel selama 2 hari yang melibatkan dua pakar di dalam reka bentuk permainan dan naratif iaitu Lindsay Grace dari University of Miami dan Margaret Moser dari University of Southern California.

Program ini akan diteruskan dengan Game Jam selama 2 hari untuk pembangun permainan video membangunkan konsep dan prototaip permainan, tiga permainan yang dibangunkan semasa aktiviti ini akan dipilih untuk menerima pembiayaan bagi mengembangkan lagi permainan ini.

Program Game Bagus ini akan disertai oleh lebih 60 peserta seluruh Malaysia termasuk juga dari Sabah dan Sarawak. Anda boleh layari pautan ini – www.gamesbagus.my untuk maklumat lanjut mengenainya.

Sohor Kini