Presiden Sony Interactive Entertainment melalui perkongsian bersama dengan syarikat telah mengatakan yang mereka ingin mengembangkan lagi penawaran permainan pihak pertama di PC dan juga peranti pintar.

Di dalam slaid yang dikongsikan oleh VGC, pada tahun 2022, 70% permainan oleh mereka dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5, manakala 20% dikeluarkan untuk PC dan selebihnya untuk peranti pintar. Manakala sasaran untuk tahun 2025, 50% adalah permainan untuk PS5 sahaja, 30% untuk PC dan 20% untuk peranti pintar.

SIE sejak beberapa tahun lepas telah menambah bilangan permainan mereka yang sebelum ini adalah eksklusif untuk konsol, turut dikeluarkan untuk PC. Bahkan, mereka juga telah hadir dengan syarikat PlayStation PC untuk mengurus penawaran mereka di platform tersebut.

Mereka juga telah mengumumkan bakal mengambil-alih Bungie iaitu pembangun Destiny yang sangat popular di platform PC, yang sudah semestinya membantu penawaran mereka di PC.

Sohor Kini