Mixed Realms telah mengumumkan yang permainan RPG kad mereka iaitu Goardian Quest akan dikeluarkan secara penuh pada 23 Jun 2022 untuk PC. Ia sebelum ini sudah dikeluarkan secara akses awal di Steam sejak tahun 2020.

Di dalam permainan ini, pemain akan memilih hero-hero yang di bawa bersama dengan kemahiran mereka di dalam bentuk kad, dan pemain boleh membina dek tersendiri. Ia juga akan mempunyai elemen rogue-lite.

Versi penuh ini akan menyertakan bahagian terakhir iaitu Act 4, mod Endless, hero dan kelas barangan baharu. Versi penuh juga akan dijual dengan lebih mahal, berbanding harga akses awal iaitu RM39.

Sohor Kini