Nacon telah mengumumkan yang permainan lumba kereta Test Drive Unlimited Solar Crown tidak lagi akan dikeluarkan pada bulan September ini, sebaliknya ia akan tiba sekitar tahun depan tetapi masih tiada tarikh tetap yang dinyatakan.

Mereka mengatakan yang demi memastikan permainan ini mencapai tahap pengelaman yang diinginkan, mereka terpaksa melakukan penundaan ini. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang ia tidak lagi akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One, sebaliknya untuk konsol generasi terkini dan PC sahaja.

Walaupun terpaksa menunggu lebih lama, Nacon juga mengatakan yang mereka akan mengadakan sesi beta tertutup untuk memberi peluang kepada pemain mencuba terlebih dahulu permainan ini sebelum ia dikeluarkan kelak.

Test Drive Unlimited Solar Crown dibangunkan oleh KT Racing.

Sohor Kini