Prime Matter dan Smilegate telah melancarkan permainan Crossfire: Legion iaitu permainan strategi masa nyata secara akses untuk PC, dan boleh didapati melalui Steam dengan harga RM45.90.
Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.
Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih satu daripada tiga puak iaitu Black List, Global Risk dan New Horizon. Setiap daripadanya akan mempunyai tentera tersendiri yang akan memerlukan strategi berlainan.
Melalui akses awal, pemain boleh bermain bahagian pertama dengan mempunyai 1 mod koperasi dan 2 mod multi-pemain. Ia akan menyertakan sehingga 45 unit dan 6 commander untuk digunakan oleh pemain.