Semua Pelakon Loki Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Setakat ini, hanya Loki sahaja disahkan akan hadir dengan musim kedua. Bagi yang terlepas, Loki adalah siri sampingan memfokuskan watak Loki lakonan Tom Hiddleston selepas beliau hilangkan diri daripada adegan dalam Endgame.

Siri ini banyak bermain dengan rentas masa dan turut melibatkan pelbagai variasi Loki dari pelbagai garis masa dengan Sylvie sebagai fokus utama.

Siri ini turut melibatkan Kang The Conqueror yang akan menjadi musuh utama dalam filem Ant-Man 3. Dalam satu episod Jimmy Kimmel Live, Tom mengesahkan yang semua pelakon daripada Loki musim pertama akan kembali untuk musim kedua.

Masih tiada jalan cerita jelas lagi apakah yang akan berlaku pada musim kedua. Tetapi apa yang pasti, ia mungkin akan melibatkan lebih banyak rentas masa dan merentas di antara multimesta. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini