Ubisoft akhirnya melancarkan permainan roller-derby multi-pemain mereka Roller Champion hari ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Ubisoft Connect. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Roller Champions adalah permainan di mana dua pasukan yang terdiri daripada tiga pemain akan bertanding untuk mendapatkan mata dengan membaling bola ke gawang. Sebelum gawang di buka, pemain perlu berpusing terlebih dahulu di arena sekurang-kurangnya satu pusingan. Lebih banyak pusingan lebih banyak skor jika jaringan dilakukan.

Namun, pemain lawan juga boleh merampas bola dan memulakan pusingan mereka sendiri. Ia akan mempunyai masa, selain itu sesi juga tamat apabila satu pasukan mendapat 5 skor.

Sesi permainan akan menyokong rentas platform, selain itu ia juga menyokong rentas kemajuan membolehkan anda menggunakan akaun yang sama di platform-platform berbeza. Roller Champions juga akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch di masa hadapan.

Sohor Kini