Speed Racer atau turut dikenali sebagai Mach GoGoGo adalah kisah lumba kereta yang cukupp opular dari Jepun. Ia hadir dalam bentuk manga dan juga siri anime. Populariti siri ini membutakan satu fiklem aksi nyata dihasilkan oleh pasangan The Wachowskis iaitu pengarah dan pencipta The Matrix pada tahun 2008.

Kini selepas 14 tahun, Variety melaporkan yang J.J. Abrams akan hadir dengan siri aksi nyata Speed Racer untuk Apple TV+ pula. Ron Fitzgerald (Westworld) dan Hiram Martinez (siri TV Snowpiercer) dipilih sebagai penulis. Siri TV ini akan dihasilkan di bawah studio J.J. Abrams iaitu Bad Robots bersama dengan Warner Bros.

Speed Racer mengisahkan Speed Racer iaitu watak utama dalam francais lumba kereta ini bersama dengan kereta ikonik beliau Mach 5. Pasukan beliau terdiri daripada Pops Racer iaitu ayah beliau sebagai pencipta kereta, adik Spritle, haiwan peliharaan cimpanzi Chim-Chim dan teman wanita Trixie. Antara pesaing Speed adalah Racer X iaitu abang beliau Rex Racer.

Tiada senarai pelakon dan sinopsis lagi, ia masih dalam pembangunan dan merupakan antara projek besar untuk Apple TV+. Ini juga akan menjadi adaptasi aksi nyata kedua selepas filem tahun 2008 lakonan Emile Hirsch. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai siri ini.

Sohor Kini