Ubisoft pada November tahun lepas telah mengumumkan kerjasama dengan Capcom untuk hadir dengan kandungan berdasarkan Street Fighter di dalam permainan Brawlhalla, melaluinya mereka menyertakan kostum berdasarkan Ryu, Chun-Li dan Akuma.

Terbaru, mereka telah mengumumkan kembali bekerjasama untuk hadir dengan lima lagi kostum Street Fighter, kali ini mereka menyertakan watak Dhalsim kostum untuk Rayman, Sakura kostum untuk Lin Fei, Ken kostum untuk Petra, M. Bison kostum untuk Thor dan Luke kostum untuk Cross.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Seperti disertakan sebelum ini, mereka juga menyertakan mod Street Fighter di dalam Brawl of the Week, yang akan mempunyai health bar. Setiap kostum ini boleh didapatkan dengan harga 300 Mammoth Coins.

Brawlhalla adalah permainan percuma dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini