Skull & Bones Untuk PC Tersenarai Di Agensi Penarafan Korea Selatan

Skull & Bones adalah permainan oleh Ubisoft yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2018 lagi, akan tetapi disebabkan oleh pelbagai masalah pembangun, termasuk juga memulakan semula, ia telah ditunda sehingga sekarang.

Sebelum ini, dikatakan yang ia akan tiba sekitar akhir tahun ini ataupun pada tahun 2023. Terkini, permainan tersebut telah tersenarai di Agensi Penarafan Korea Selatan, dan kita boleh jangkakan yang tarikh pelancaran untuk permainan tersebut mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.

Ubisoft sebelum ini dilaporkan mengubah Skull & Bones untuk menjadi permainan live service yang akan menerima kandungan baharu seperti Fortnite. Ia juga dikatakan akan menjadi permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Jika berminat, Skull & Bones juga sedang membuka sesi percubaan tertutup yang anda boleh pohon melalui pautan ini.

Sohor Kini