Netflix akhirnya memperlihatkan treler pertama untuk filem The Gray Man iaitu filem yang mempunyai bajet terbesar oleh mereka iaitu lebih $200 juta (~RM871 juta). Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Filem ini adalah mengenai Court Gentry lakonan Ryan Gosling iaitu seorang CIA yang menjumpai rahsia mengenai organisasi beliau, di dalam treler diperlihatkan bagaimana dia bertempur dengan Chris Evans yang membawa watak Lloyd Hansen dan dibantu oleh Dani Miranda lakonan Ana de Armas.

Filem ini ditulis oleh Joe Russo dan Christopher Markus berdasarkan novel berjudul sama oleh Mark Greaney. Ia diarahkan oleh Joe Russo dan Anthony Russo.

Sohor Kini