Daedalic Entertainment telah mengumumkan yang permainan pengembaraan The Lord of the Rings Gollum akan dikeluarkan pada 1 September 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Versi Nintendo Switch turut diumumkan akan tetapi ia akan tiba di satu tarikh yang berbeza.

Permainan ini akan memfokuskan kepada watak Gollum dan pemain perlu mengembara sambil mengelak dari pertempuran melawan dengan pelbagai makhluk di dalam dunia The Lord of the Rings. Oleh kerana Gollum bukanlah watak yang kuat, pertempuran secara terus perlu sentiasa dielakkan.

Dari segi penceritaan, ia adalah berdasarkan bab pertama di dalam buku The Fellowship of the Ring, di mana selepas Gollum kehilangan cincin kepada Bilbo Baggins, dia mengembara dari Barad-dur hinggalah ke Mirkwood.

Permainan ini sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2021, tetapi telah ditunda ke tahun ini dan akhirnya menerima tarikh pelancaran mengikut pengumuman terbaru ini.

Sohor Kini