Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan pengajuran jualan promosi bersempena dengan Days of Play iaitu sambutan untuk pemain-pemain PlayStation. Jualan promosi ini bermula hari ini dan berlangsung sehingga 8 Jun 2022.

Ia menawarkan harga promosi untuk perkakas dan juga permainan video secara fizikal dan juga digital melalui PS Store.

Tawaran-tawaran ini boleh didapatkan di kedai Sony dan juga pengedar rasmi untuk PlayStation. Antara tawaran yang disertakan adalah;

  • PS VR bersama PS Camera – RM959
  • DualSense (Semua Warna) – RM309
  • Permainan PS4/PS5 versi fizikal;
    • Marvel’s Spider-man: Game of the Year Edition (PS4) – RM89
    • The Last of Us Part II (PS4) – RM89
    • Ratchet & Clank: Rift Apart (PS5) – RM169
    • Uncharted: Legacy of Thieves Collection (PS5) – RM129
    • God of War PlayStation Hits (PS4) – RM39
    • The Nioh Collection (PS5) – RM169
    • Horizon Zero Dawn: Complete Edition PlayStation Hits (PS4) – RM39
    • Sackboy: A Big Adventure (PS4/PS5) – RM129

Jualan promosi untuk permainan digital juga sudah bermula di PS Store yang menawarkan pelbagai permainan termasuk juga permainan baharu seperti Ghostwire: Tokyo. Anda boleh layari pautan ini untuk senarai penuh.

Sohor Kini