Call of Duty Modern Warfare II Dilancarkan 28 Oktober Ini

April lepas, Activision telah mengumumkan yang permainan seterusnya untuk Call of Duty adalah Call of Duty Modern Warfare II yang akan menjadi permainan susulan untuk permainan olahan semula Call of Duty Modern Warfare yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Minggu ini, mereka telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi treler yang memperlihatkan karya-karya untuk permainan ini.

Melaluinya, ia memperlihatkan watak-watak yang akan tiba iaitu Captain John Price, Sergeant “Soap” MacTavish, Sergeant Kyle “Gaz” Garrick, Simon “Ghost” Riley, dan Colonel Alejandro Vargas.

Ia akan tiba untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini