Hunter x Hunter adalah satu siri manga dan anime yang sangat popular tetapi dengan satu masalah iaitu mangka untuk siri ini iaitu Yoshihiro Togashi sering mengambil satu rehat yang panjang. Sepanjang siri ini dihasilkan beliau sudah berehat beberapa kali, dan yang terbaru sudah berlanjutan hampir 4 tahun.

Rehat tersebut tampaknya akan berakhir tidak lama lagi, melalui satu akaun Twitter yang dikatakan oleh Yoshihiro Togashi tersendiri telah mengeluarkan ciapan berkongsi gambar hujung manga dengan tulisan “4 episod lagi buat masa ini”.

Menurut Polygon, akaun tersebut adalah baharu dah tidak disahkan jika ia benar-benar oleh Togashi, akan tetapi pelukis untuk One Punch Man iaitu Yusuku Murata, mengesahkan yang akaun tersebut adalah oleh Togashi sendiri.

Manga Hunter x Hunter sudah bermula sejak tahun 1998 dan mempunyai 390 episod, manakala siri anime yang terbaru bermula pada tahun 2011 dan berakhir pada tahun 2014 kerana tidak mempunyai kandungan yang mencukupi akibat rehat panjang ini.

Sohor Kini