Cats & Soup adalah permainan lahu (idle) yang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sejak tahun lepas, di dalam permainan ini, pemain akan menugaskan kucing-kucing untuk melakukan pelbagai pekerjaan seperti memotong lobak, membuat sup dan lain-lain lagi.

Dengan mereka melakukan tugasan ini, pemain akan mendapat coins yang boleh digunakan untuk menambah pelbagai perkara lain termasuk juga tempat untuk kucing-kucing tersebut berehat. Ia adalah permainan ringkas, akan tetapi digabungkan dengan kecomelan kucing, ia telah menjadi satu permainan yang popular.

Sejak dilancarkan pada tahun lepas, ia telah menerima 20 juta muat turun, iaitu penambahan sebanyak 10 juta muat turun berbanding Januari tahun ini. Bersempena dengan pencapaian ini, mereka akan memberi pelbagai ganjaran kepada pemain yang log masuk sehingga 7 Jun 2022.

Anda boleh muat turun Cats & Soup di App Store ataupun Play Store. Ia dibangunkan oleh Hidea dan diterbitkan oleh Neowiz.

Sohor Kini