Mattel dan Milestone telah mengumumkan penambahan terbaru untuk Hot Wheels Unleashed dan kali ini ia berdasarkan kandungan Looney Tunes dan akan tiba pada 14 Julai 2022.

Anda boleh tonton video pengumuman;

Antara yang disertakan di dalam penambahan ini adalah 5 kereta baharu, Track Builder Module yang bertemakan Looney Tunes, termasuk juga barangan-barangan ubah suai. Pemain juga boleh mengalami persekitaran baharu berdasarkan siri klasik Looney Tunes Adventure Park.

Ia ditawarkan bersama dengan Hot Wheels Pass Vol. 3 dan juga boleh dibeli secara berasingan. Hot Wheels Unleashed sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini