Thor: Love and Thunder adalah filem keempat Thor yang akan ditayangkan dalam masa beberapa bulan lagi. Filem ini akan memperlihatkan kisah Thor selepas filem Endgame, di mana beliau menyertai pasukan Guardians of the Galaxy untuk ke angkasa.

Dalam treler pertama, selepas Thor kembali berlatih dan cuba membentuk diri beliau cuba mengambil takhta sebagai ketua – beliau terkejut melihat bekas kekasih Jane kini boleh mengendalikan tukul Mjolnir.

Dalam treler ini, ia masih belum menjelaskan bagaimana Jane layak memegang Mjolnir. Namun kita boleh lihat interaksi ceria di antara mereka berdua. Treler ini juga buat pertama kali mendedahkan Gorr The God Butcher, iaitu pembunuh dewa lakonan Christian Bale.

Tidak pasti apa yang berlaku, tetapi Gorr dilihat mula mengugut dan Thor pula ditangkap oleh Zeus lakonan Russell Crowe di dunia atau bandar yang mungkin adalah Olympus. Jika Gorr adalah pembunuh dewa, dewa-dewa di angkasa ini mungkin akan bersatu bagi menumpaskan Gorr.

Filem ini dilihat penuh dengan aksi menarik, komedi dan easterr egg untuk peminat. Filem ini akan ditayangkan pada 8 Julai tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini